Monday, November 7, 2011

Why PB?

Being a mommy of 3 at the age of 30's sometimes I felt tired and weak. Risau sebab anak-anak masih kecil dan tentunya memerlukan seorang ibu yang cergas dalam setiap segi. Sejak berhenti kerja dulu terasa badan semakin berat dan baju2 juga semakin ketat. Encik suami tersayang tak pernah menegur atau bahasa kasar "komplen" Tapi takkan nak tunggu kena tegur baru nak berubah kan. Rasa kurang berkeyakinan nak bergaya macam masa kerja dulu semakin menebal. Di tambah dengan sakit pinggang dan belakang yang makin mencengkam. Lagi satu selulit makin ketara serta aset wanita makin tak menarik....Ishhh perempuan ni macam-macam benda nak risau kan. Tapi niat saya hanya satu kecantikkan ini untuk suami juga, kesihatan diri perlu demi anak-anak dan suami dan semua itu akan memberi keyakinan diri kembali pada saya.

Saya dan buat survey dan pengiraan sendiri pelbagai produk di pasaran. PB tak pernah terlintas sebab saya tak yakin tambahan harganya yang mahal....Saya kan surirumah sepenuh masa. Duit poket dari suami tidak la banyak macam masa kerja dulu. So awal-awal lagi saya tolak tepi PB ni. Tapi suami pernah warning satu masa dulu..."Jangan nak try2 makan produk tak tentu arah...jangan gatal-gatal nak try..." So nak ketat ke...nak up ke...nak kurus ke....semuanya suami dah bagi amaran. So terfikir la time tu saya kena cari benda yang di luar aje la.......so teringat PB.

Dekat sebulan saya berkira-kira nak approach agent PB setelah membaca pelbagai keistimewaan nya. Saya pun siap buat comparison price PB dengan produk2 lain yang saya perlu laburkan. Produk makan yang saya tengah congak2 antaranya untuk pengetatkan rahim, menganjalkan payudara, menguruskan badan dan merawat sakit pinggang serta angin. Kira-kira ada dekat RM500!..huihhhhh...gila tul nak cantik. Tapi bila dicongak korset PB, ia mengandungi semua aspek yang saya perlukan dan agent2 PB menawarkan bayaran ansuran, saya beranikan diri untuk mendengar sendiri penjelasan agentnya. Sebulan cuma RM200 selama 12 bulan. So saya kata kenapa tak saya tengok dulu barangnya. So saya contact Pn Hanis.

Honestly saya tak suka sweet talk from sales person. But Hanis is different. She answered my question with facts. Saya suka cara yang simple dan tak melebih-lebih. Satu persatu penjelasan diberikan dan saya di beri peluang untuk mencuba sendiri.

Memang susah nak pakai!...sesusah kita pakai barut dalam pantang. Tapi...once korset ini di badan....wow..serious...sangat berbeza. Sejujurnya rasa badan ringan dan kemas. Sakit pinggang rasa macam menggigit-gigit tapi seperti ada yang menyokong belakang kita jadi postur badan tegak. Saya tak suka rasa panas so agak was-was sikit. Sure berpeluh kat rumah kan tapi korset ni tak panas. Sungguh!. Ada few facts yang diberikan proved it. So saya terus setuju sebab yakin dengan kemampuannya. Thanks to Massita sebab sudi terima bayaran ansuran saya. (She's one of Hanis biz partner)

Jadi blog ni saya buat untuk mencatat secara peribadi my own journey sepanjang menggunakannya supaya ia dapat dirujuk untuk keperluan akan datang.

No comments: