Hari ini cukup 16 hari saya bersama PB. Pakai pun dah tak leceh lagi. Rasa macam KETAGIH nak pakai pun ada. Bila korset lambat kering tak dapat nak pakai pagi2. Dah tengahari baru pakai. Tapi saya masih kekalkan 8 jam pemakaian. So malam tu lambat sikit la mandi malamnya. Tapi tak la lewat sangat.
Bila pakai PB badan rasa sedap jer sebab pakai corset ni rasa badan macam dijaga. Bila berdiri ke duduk ke automatik Postur Badan Tegak. Panas? Rasa la sikit sebab rumah saya takde aircond. Tapi tak la sampai menitik2 peluh!. Biasa sahaja. Tambah cuaca tak menentu sekarang.
Kalau dulu lalu depan cermin jer mesti rasa frust tengok badan sebab dah gebu. Pakai pun T-shirt besar2 sebab tak nak nampak macam sarung bungkus buah cempedak sebab badan dah macam tu. Tapi Alhamdulillah, sekarang nampak SIHAT, CURVY (walau sedikit), dan t-shirt smaller size dulu dah boleh pakai. Walau saya ni surirumah tapi takkan la pakai baju T-shirt besar2 atau kain batik je kan. Kena la bergaya sikit. Suami tengok pun cerah biji mata!...Hahahahah
P/s...dah korek balik dresses dan mini skirt lama. hhehehe...tak sabar nak pakai and melaram depan hubby!
No comments:
Post a Comment