Wednesday, November 30, 2011

Kenapa tetiba jer?

Semalam bukan main saya promote PB kan.....peliks?....apa yang saya dapat kalau sibuk2 promote?

Bertemu ibu salah seorang kawan twin di prasekolah. Kami bertukar cerita tentang obesiti. Dia menegur juga perubahan saya. Bila saya katakan ianya PB' miracle touch, dia agak skeptikal sebab takkanlah dengan pakai PB boleh kurus,reduce weight,sihat dan tetiba je yakin.

Saya kata tetiba kurus tak mungkinlah kan. Tapi nampak curvy tu pasti ada. So bila pakai t-shirt yang mini size tu lemak2 berlipat-lipat di belakang badan tu boleh hilang. Reduce weight pasti sebab saya dah saksi sendiri tapi bukan sekelip mata. Semua benda kalau senang dapat kita tak appreciate so kalau kita berusaha baru kita akan hargai benda tu. Next mengenai sihat. Mestilah sihat badan kalau dah nampak ceria dan bertenaga setelah badan kembali cantik. Yakin?....Ini akan lahir dengan sendiri bila kita sendiri belajar MENJAGA BADAN DAN RASA CANTIK.

Setelah berfikir panjang akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi salah seorang agent atau biz partner PB. Saya percaya barang yang baik ini boleh dikongsi dan ianya merupakan satu pelaburan bijak


Tuesday, November 29, 2011

OBESITI

Sapa tak takut dengan Obesiti angakat tangan?...

Siapa yang berani angkat tangan.....Orang kurus mungkin akan kata "Alah saya kurus tak takut obesiti." Tapi pernah anda terfikir bagaiman insan yang tersayang. Kalau dia menghidapi penyakit kerana obesiti tidakkah dia berisiko. Kalau anda tak risau mungkin dia tak penting bagi anda....terpulanglah....

Credit to DEMC:


Obesiti dan berat badan berlebihan merupakan salah satu faktor risiko utama kepada pelbagai jenis penyakit kronik. Masalah ini dapat diatasi melalui diet yang sihat dan seimbang beserta aktiviti fizikal yang mencukupi.


Pengurusan Makanan

  • Mengawal pengambilan makanan berkanji
  • Meningkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat
  • pilih hasil tenusu yang rendah lemak
  • menghadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan minyak
  • mengawal pengambilan makanan/minuman yang manis
  • tingkatkan aktiviti fizikal
Haaaa nampak tak hampir kesemua menjurus kepada pemakanan?.....Okey saya nak kongsi info baru. SEJAK SAYA PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL SAYA RASAKAN SELERA MAKAN AGAK KURANG!

Hah tipulah pakai PB corset je rasa tak nak makan!

This is how it works....BILA ANDA PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL WAIST NIPPER TU BERTINDAK MENGEHADKAN KEMASUKKAN MAKANAN DALAM PERUT. MACAM IBU2 LEPAS BERSALIN, DIGALAKKAN PAKAI BARUT/BENGKONG SEBAB SELAIN MENGEMPISKAN PERUT DAN MENGETATKAN RAHIM, IA JUGA MENAHAN IBU DARI RASA LAPAR SENTIASA. SO WAIST NIPPER NI MACAM TU JUGA. TAPI TAK LA SUSAH NAK LILIT2 TU. GUNA CANGKUK JER.

HUBUNGI SAYA JIKA ANDA INGIN LARI DARI TERJEBAK ATAU ANDA INGIN MEMBANTU ORG2 TERSAYANG DARI TERUS DIBELENGGU MASALAH OBESITI.

PELABURAN YANG BIJAK BERMULA DARI SINI.

HUBUNGI SAYA SYIDA 012-9793698.

Monday, November 28, 2011

Hari ke 21

Wah dah 3 minggu saya dan PB!...pejam celik pejam celik dah 21 hari pun.

Progress?

ALHAMDULILLAH...


RASA LEBIH SIHAT SEBAB MASALAH SAKIT PINGGANG DAH TAK MENJADI BEBAN.


LEMAK DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN DAH MAKIN SUSUT! (YANG LAYER LAYER TU..)


PERUT MAKIN KEMPIS! (INI LA YANG PALING SYOK!)


PEHA MAKIN KECIL


PUNGGUNG DAH ADJUST NAIK SIKIT. (TAK LA NAMPAK JATUH JER...)


KENA PLAN BELI JEANS BARU SEBAB JEANS SEKARANG NAMPAK BAGGY SANGAT...WEEEEHUUU!


BERAT?....HAHAHAHA...DAH KALO ITU INI MAKIN KURANG...SAH-SAH LA DAH TURUN LAGI KAN.


yang ni kena cakap slow2 sikit.....


errrrr....hubby kata setiap malam adalah malam pertama .......haaaaaa apa maksudnya tu....hihihihih....(seyes...tak tipu...ni bukan iklan propa yer....ini perkongsian maklumat!) :P

Wednesday, November 23, 2011

My 16th day

Hari ini cukup 16 hari saya bersama PB. Pakai pun dah tak leceh lagi. Rasa macam KETAGIH nak pakai pun ada. Bila korset lambat kering tak dapat nak pakai pagi2. Dah tengahari baru pakai. Tapi saya masih kekalkan 8 jam pemakaian. So malam tu lambat sikit la mandi malamnya. Tapi tak la lewat sangat.

Bila pakai PB badan rasa sedap jer sebab pakai corset ni rasa badan macam dijaga. Bila berdiri ke duduk ke automatik Postur Badan Tegak. Panas? Rasa la sikit sebab rumah saya takde aircond. Tapi tak la sampai menitik2 peluh!. Biasa sahaja. Tambah cuaca tak menentu sekarang. 

Kalau dulu lalu depan cermin jer mesti rasa frust tengok badan sebab dah gebu. Pakai pun T-shirt besar2 sebab tak nak nampak macam sarung bungkus buah cempedak sebab badan dah macam tu. Tapi Alhamdulillah, sekarang nampak SIHAT, CURVY (walau sedikit), dan t-shirt smaller size dulu dah boleh pakai. Walau saya ni surirumah tapi takkan la pakai baju T-shirt besar2 atau kain batik je kan. Kena la bergaya sikit. Suami tengok pun cerah biji mata!...Hahahahah

P/s...dah korek balik dresses dan mini skirt lama. hhehehe...tak sabar nak pakai and melaram depan hubby!

Saturday, November 19, 2011

Hari Ke 12...

Sejak cuti sekolah macam2 benda nak buat daily supaya anak2 tak boring atau menghabiskan masa dengan tidak berfaedah. Saya dah berazam nak ajar boys bahasa Inggeris sebab nampak gayanya subjek ini mereka lemah sikit. Bukan ajar BI ajer, macam2 lagi lah. Maka kesempatan berblogging sangat terhad. Hari ini ambik masa sikit nak update.

Saya pergi check up di DEMC Shah Alam. Ramainyer orang. So before check up to kena ambil berat badan dulu. So saya ni dengan segan2 naik la benda alah tu. Last check 54 kg. Dah la rendah, berat pulak tu. Rasa badan cam Doremon jer. Dan dalam kepala saya dok teringat perkataan "overweight" jer...

Tapi!...jeng---jeng---jeng---

Saya dah 51kg okeh! Berkedip-kedip mata tengok nombor kat mesin tu. Biar betol!...Ish takkan mesin kat hospital canggih ni rosak kan....Muhahahahaha (rasa nak lompat bintang *)

Tersengih-sengih saya terus ke En Suami tersayang..."Weeee....Syida dah 51kg!... Confirm PB mujarab. Tak Tipu...Syida nak joint business dia boleh?...." Encik suami senyum jer sebab pelaburan RM2400 saya berbaloi.

Kawan-kawan, bukan nak propa. Saya beli korset PB secara ansuran dengan Massita. Saya baru bayar deposit yang ciput ajer dan sepatutnya saya mula bayar my 1st instalment this month end. Tak sempat bayar installment yang pertama tu saya dah turun 4kg dalam masa 12 hari! Seriously saya pakai dengan penuh disiplin. Pakai selama 8 jam sehari, minum air kosong banyak2 dan mesti jaga pemakanan kan.

So sekarang saya sedang berkira-kira nak buat joint Hanis as business partner. Saya nak promote barang yang betul berkesan. Tak berani nak buat2 tahu sedangkan saya sendiri tak pasti keberkesanannya. Saya terasa macam menipu orang pula kalau beria-ria selling tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu barang tu betul bagus atau tidak.

To Hanis thanks sebab sudi sampai ke rumah untuk beri penerangan. To Massita thanks sebab bagi saya bayar secara ansuran.

Dan sebentar tadi saya check BMI...berat saya dalam kategori "Healthy!"....alhamdulillah....

Wednesday, November 16, 2011

9th day...

Start la rasa ragu2 nih...panas? tak la sangat sakit pinggang? ok.. much better....weight dah turun? entah...tak check sebab takde penimbang..... curves dah nampak?....belum lagi.....betul ke PB ni?...errrrr...help....betulkan my decision beli PB nih...dah la GILA MAHAL....

Tuesday, November 15, 2011

8th day journey

Nak cerita benda sama. Tapi lemak di perut nampak kurang sikit. Kurang buncit sikit...(errr nak cakap pun malu perkataan B***** itew...). Sengaja tak sit up sebab nak tengok PB's miracle job. Tapi saya cuma diet sahaja. Masih makan nasi tapi siang sahaja. Kurangkan lemak dan oily food tapi lebihkan sayur dan buah. Malam munching benda2 sihat tanpa nasi. Ohhhh november cepatlah berlalu supaya saya dapat lihat sendiri perubahan itu. Saya target by December at least I can see some improvement after a month with PB. Wish me luck!

Monday, November 14, 2011

My 7th day

Hari ke 7- Monday Nov 14, 2011

  • Pakai macam biasa sebab dah selesa kan.
  • Tak cuci ker?...owhhh..cuci....cuci girdle dan dan long bra.
  • Cepatnya kering?..tak mustahil sebab mesti pandai nak cuci kan. Saya guna pembersih khas pakaian dalam. Cuci bahagian sensitif sahaja. Pastu keringkan semalaman. Tak peluh sangat pun.
  • Tipu?..saya dah cuba....Lagi satu saya pakai pantyliner & panty sebelum girdle. So tak la takut kotor sangat. Keringkan dengan menekap bahagian basah tu dengan towel dulu baru kita gantung dengan hanger.

5th and 6th day challenge.


Sabtu adalah hari ke 5. Pagi tu takde masalah sebab lepak2 kat rumah. By evening my lil' sister ajak joint her, my family & her special "guest" dari jauh for tea time. Adus....inilah first time keluar jenjalan pakai PB. err..boleh ke ni?.Sure duduk maintain jer kan. Pastu segan gak kalau dorang perasan my "aset" macam lain jer...But saya try berfikiran positif. Rugilah dah beli tak pakai. Lagipun apa salahnya kan. Tapi sedikit gerun memikirkan toilet time....huhuhuh...

But, Alhamdulillah it feels ok. rasa selesa dan lebih yakin sebab rasa badan lebih kemas. I dont choose body wrapping clothing but I wore not too baggy shirt. Tapi saya rasa lebih confident sebab tak nampak bulgy sana sini. Another thing kalau nafsu makan anda sukar dikawal...pakai set PB adalah digalakkan. Betul!..personal experience nih. Tak tipu. Saya tak rasa nak jamah banyak2. Cukup makan lauk sahaja dah kenyang. Tapi cover line depan my sisters sebab tak nak dorang suspicious kena kakak dorang tetiba tak makan nasi kan. So saya makan la sikit2 bila dorang tengok.

Adakah saya malu kalau org tahu saya pakai PB?...owh...tidak. Cuma nak lihat keberkesanan PB dalam tempoh sebulan ini tanpa ada pendapat ketiga keempat dari mana-mana pihak. Tapi pendapat dari org kedua saya nak iaitu encik suami tersayang. *winks..(sila jangan muntah okeh :P )

Ahad adalah hari Ke 6. Ingat nak pakai 5 hari seminggu jer tapi macam best pulak bila dah pakai jenjalan hari Sabtu semalam. So saya pakai la ke kelas muzik anak then ke Jusco. Toilet?...tak tipu...agak sulit sedikit tapi saya gigihkan diri jugak sebab saya nak disiplinkan diri. Alah bisa tegal biasa kan...

Dan....bila jumpa mesin yang untuk timbang & BMI sekali tu saya pun dengan selamba mencuba untuk mengukur berat...


Ala....turun 300gm jer.....kena usaha lebih lagi la jawabnya....
Tapi my BMI is 26.4...err...tu kategori overweight tau...takutnya...bukan takut gemuk jer tapi takut penyakit yang bakal dihadapi jika tak berhati-hati.....owh..kena lebih kuat semangat...


Friday, November 11, 2011

3rd & 4th day story

My third day semalam went as usual. Pakai set PB cuma perlu 15 minit sebab dah pandai sikit. Cuma nak pergi toilet je la macam nak nangis sikit bila nak pakai girdle balik...huhuhu...leceh sikit sebab saya tak pakai macam seluar tu, terus tari je kan. Saya mesti nak adjust and push punggung ke atas supaya ia berada pada kedudukan yang betul bila pakai girdle. Ini penting sebab jika kita tak adjust betul2 nanti punggung akan "jatuh" so rugi lah. Pakai PB susah2 tapi tak dapat kesannya yang kita nak kan. Lagipun jika adjust betul2 akan rasa lebih selesa sebab jahitan kat girdle tu dah design seelok mungkin untuk follow bentuk punggung yang cantik.

Today dah 4th day.
My mission still on...

Wednesday, November 9, 2011

My second day story

Hari ini perlu ke sekolah anak-anak sebab dorang ada performance di sekolah. So kira from 9.30 am till 12pm saya perlu berada di sekolah. Pakai PB start 9am. Tak sesuasah semalam. Okey lah sikit. Dah belajar teknik sendiri nak pakai korset tu. Pakai girdle dulu, baru pakai long bra tu. Senget sikit ke kiri. Kancingkan sambil make sure cangkuk tak kena renda kat girdle. Sebab kain long bra bertemu girdle so, senang nak pusing ke belakang sebelum adjust cup coli utk breast. Pakai macam biasa sambil masukkan lemak2 berlebihan kedalam long bra as advised :) kemudian korset. Hari ni pakai T-shirt je. (Lupa nak ambik gambar sendiri)

Walau aktif mengambil gambar anak-anak, ke sana ke mari tolong cikgu, dukung Tisya yang meragam sikit sebab nak tidur, duduk bersimpuh kat bawah sambil makan mee goreng...Alhamdulillah takde halangan. Memang rasa pakai PB tapi tak mengganggu. Standard la nampak macam tegak je badan tapi itukan postur badan yang baik. Then paling saya agak terkejut yelah TAK PANAS... In fact saya sempat berborak dengan one of mommies kat situ dekat 30 minit bawah panas matahari okeh....Balik memang pening la sebab panas kat kepala. Tapi badan maintain ok. Tak la berpeluh hangat sangat. Ok. Saya rasa suka hati sebab maknanya PB tak menipu dari segi itu. Sakit pinggang...yes still ada tapi badan rasa ringan. Malam saya tak pakai sebab nak bagi relax. Tapi hari ni perut tak mengelebeh teruk. Hopefully this PB investment really worth it!

Tuesday, November 8, 2011

My first time.

Hari ni pertama kali saya pakai PB sendiri.... Weeeee susahnyer....serious susah. Mungkin sebab kegebuan badan saya kot. Saya mengambil masa dekat 30 minit okeh....Nak cantik nak sihat kata semangat pada diri sendiri. Bukan senang nak capai impian kan. So saya gagahkan juga menyabarkan diri. Once dah pakai....woaaa awesome. Sedap badan....saya nekad pakai 8 jam sehari dan follow as recommended..minum lebih daripada 8 gelas air kosong sehari.

So at night bila dah tak pakai PB rasa badan lapang sikit tapi perut rasa ringan dan badan rasa firm sikit. Saya tak perasan sebab saya tahu apa yang saya rasa. Orait saya bersemangat nak pakai lagi esok cuma yang saya nyampahs sikit ialah susah nak buang air kecil walau rasanya saya buang 4 kali jer. Takpelah this is my investment. Rugi melabur besar-besar tapi tak guna kan.

Monday, November 7, 2011

Why PB?

Being a mommy of 3 at the age of 30's sometimes I felt tired and weak. Risau sebab anak-anak masih kecil dan tentunya memerlukan seorang ibu yang cergas dalam setiap segi. Sejak berhenti kerja dulu terasa badan semakin berat dan baju2 juga semakin ketat. Encik suami tersayang tak pernah menegur atau bahasa kasar "komplen" Tapi takkan nak tunggu kena tegur baru nak berubah kan. Rasa kurang berkeyakinan nak bergaya macam masa kerja dulu semakin menebal. Di tambah dengan sakit pinggang dan belakang yang makin mencengkam. Lagi satu selulit makin ketara serta aset wanita makin tak menarik....Ishhh perempuan ni macam-macam benda nak risau kan. Tapi niat saya hanya satu kecantikkan ini untuk suami juga, kesihatan diri perlu demi anak-anak dan suami dan semua itu akan memberi keyakinan diri kembali pada saya.

Saya dan buat survey dan pengiraan sendiri pelbagai produk di pasaran. PB tak pernah terlintas sebab saya tak yakin tambahan harganya yang mahal....Saya kan surirumah sepenuh masa. Duit poket dari suami tidak la banyak macam masa kerja dulu. So awal-awal lagi saya tolak tepi PB ni. Tapi suami pernah warning satu masa dulu..."Jangan nak try2 makan produk tak tentu arah...jangan gatal-gatal nak try..." So nak ketat ke...nak up ke...nak kurus ke....semuanya suami dah bagi amaran. So terfikir la time tu saya kena cari benda yang di luar aje la.......so teringat PB.

Dekat sebulan saya berkira-kira nak approach agent PB setelah membaca pelbagai keistimewaan nya. Saya pun siap buat comparison price PB dengan produk2 lain yang saya perlu laburkan. Produk makan yang saya tengah congak2 antaranya untuk pengetatkan rahim, menganjalkan payudara, menguruskan badan dan merawat sakit pinggang serta angin. Kira-kira ada dekat RM500!..huihhhhh...gila tul nak cantik. Tapi bila dicongak korset PB, ia mengandungi semua aspek yang saya perlukan dan agent2 PB menawarkan bayaran ansuran, saya beranikan diri untuk mendengar sendiri penjelasan agentnya. Sebulan cuma RM200 selama 12 bulan. So saya kata kenapa tak saya tengok dulu barangnya. So saya contact Pn Hanis.

Honestly saya tak suka sweet talk from sales person. But Hanis is different. She answered my question with facts. Saya suka cara yang simple dan tak melebih-lebih. Satu persatu penjelasan diberikan dan saya di beri peluang untuk mencuba sendiri.

Memang susah nak pakai!...sesusah kita pakai barut dalam pantang. Tapi...once korset ini di badan....wow..serious...sangat berbeza. Sejujurnya rasa badan ringan dan kemas. Sakit pinggang rasa macam menggigit-gigit tapi seperti ada yang menyokong belakang kita jadi postur badan tegak. Saya tak suka rasa panas so agak was-was sikit. Sure berpeluh kat rumah kan tapi korset ni tak panas. Sungguh!. Ada few facts yang diberikan proved it. So saya terus setuju sebab yakin dengan kemampuannya. Thanks to Massita sebab sudi terima bayaran ansuran saya. (She's one of Hanis biz partner)

Jadi blog ni saya buat untuk mencatat secara peribadi my own journey sepanjang menggunakannya supaya ia dapat dirujuk untuk keperluan akan datang.